Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday, April 16, 2011

Girl's Generation...



... yoona ...




... tiffany ...




... teoyeon ...



 ... sunny ...




... yuri ...



  ... hyoyeon ...



... seohyun ...



... soo young ...



... jessica ...





Girl's Generation..





















Saturday, February 26, 2011

Sabar Membawa Keberhasilan..


“Bersabarlah!”
 Demikian perintah Allah terhadap Rasul-Nya Muhammad  di dlm Al Qur’an. Hal ini menunjukkan betapa besar kedudukan sabar kaitan dgn keimanan kepada Allah dan kaitan dgn perwujudan iman tersebut dlm kehidupan dan terlebih sebagai pemikul amanat dakwah. Tentu jika anda menyambut seruan tersebut niscaya anda akan berhasil sebagaimana berhasil Rasulullah keberhasilan di dunia dan di akhirat. Allah berfirman

 “Maka bersabarlah kamu sebagaimana bersabar orang2 yg memiliki keteguhan dari para rasul.”

Sabar Ulul ‘Azmi
Siapakah yg dimaksud oleh Allah dgn ulul ‘azmi yg kita diperintahkan utk mencontohnya?

1. Nabi Nuh ‘Alahi salam sebagai rasul yg pertama kali diutus ke muka bumi ini adl salah satu dari ulul ‘azmi. Beliau diutus kepada kaum yg pertama kali menumbuhkan akar kesyirikan di muka bumi. Tahukah anda bagaimana besar tantangan yg dihadapi? 

Coba anda renungkan ketika seseorang ingin mencabut sebuah pohon yg sangat besar yg akar telah menjalar ke segala penjuru sungguh betapa berat pengorbanannya. Allah sendiri telah memberitahukan kepada kita dgn firman-Nya:
 
“Dan demikianlah kami menjadikan bagi tiap para nabi seorang musuh dari syetan baik dari kalangan jin dan manusia.”
Yang dipilih pertama kali dari sederetan kaum yg menghadang dakwah beliau adl keluarga yg paling dekat anak dan isterinya. Dengan perjuangan yg panjang dan berat beliau dgn kesabaran bisa meraih kemenangan di dunia dan di akhirat. Allah mengatakan tentang beliau:
 
“Sesungguh dia adl hamba-Ku yg bersyukur.”


2. Nabi Ibrahim  sebagai bapak orang2 yg bertauhid juga sebagai salah satu ulul ‘azmi. Mendobrak keangkaramurkaan yg dilakukan oleh bapak sendiri dan kaum yg dipimpin oleh seorang raja yg dzalim. Bagaimanakah perasaan anda jika anda diusir dari belaian kasih sayang dan perlindungan bapak anda? Bapak yg dipilih oleh Allah utk menghadang dakwah beliau yg berada di bawah cengkeraman raja yg mengaku diri sebagai tuhan. Dia harus menelan pil pahit angkara murka kaum yg dgn tega melempar Nabi Ibrahim ke dlm kobaran api yg sangat dahsyat. Namun apakah yg mereka bisa perbuat terhadap jasad beliau? Sia-sialah perbuatan mereka.
Di sisi lain beliau harus juga menerima ujian yg lbh pahit yaitu amanat dari Allah utk menyembelih putra yg disayangi dan diharapkan sebagai calon penerusnya. Bisakah anda membayangkan hal yg demikian itu?
Kesabaranlah yg menyelamatkan dari semua ujian dan cobaan yg menimpa beliau.

3. Nabi Musa dan ‘Isa adl dua rasul yg diutus kepada Bani Israil dan sekaligus sebagai ulul ‘azmi. Tantangan yg dihadapi beliau berdua tentu tdk jauh berbeda dgn para pendahulu dari kalangan para rasul Allah. Siapa yg tdk mengenal Fir’aun si raja kufur yg menobatkan diri sebagai Rabb semesta alam raja tdk berperikemanusiaan yg membunuh anak-anak yg menurut akan bisa menggoyahkan tahta kekuasaannya. Kesabaranlah yg menjadi kunci sehingga beliau berdua dibebaskan dari segala bentuk tantangan dan ujian yg sangat dahsyat.

4. Nabi Muhammad sebagai nabi penutup dan imam para rasul juga termasuk salah satu dari ulul ‘azmi. Yang diutus kepada semua umat yg berada di atas dekadensi moral kejahiliyahan dan keberingasan. Tentu tantangan yg beliau hadapi tdk kalah hebat dgn para rasul pendahulu beliau. Para rasul pendahulu beliau hanya diutus kepada kaum tertentu sedangkan beliau diutus kepada seluruh umat. Ini menggambarkan betapa besar tantangan yg beliau harus hadapi. Allah memilih keluarga beliau yg paling dekat menjadi penjegal perjalanan dakwah beliau. Mereka tdk berbeda dgn kaum sebelum dlm memusuhi para rasul Allah. Kesabaranlah yg menjadi kunci semua perjuangan beliau.
Anda pasti menginginkan keberhasilan dlm tiap usaha yg anda lakukan. mk dari itu jadikanlah seluruh para Nabi dan Rasul Allah sebagai suri tauladan anda dlm kesabaran sehingga anda akan mendapatkan keberhasilan seperti apa yg mereka telah dapatkan.
Abdurrahman As Sa’di mengatakan di dlm tafsir beliau: “Dan adapun orang yg telah diberikan taufiq oleh Allah utk bersabar ketika ditimpa ujian lalu dia menahan diri utk tdk benci terhadap ketentuan tersebut baik dgn ucapan dan perbuatan dan berharap pahala dari Allah dan dia mengetahui bahwa apa yg dia dapatkan dari pahala krn kesabaran tersebut atas musibah yg menimpa bahkan bagi ujian itu menjadi ni’mat krn telah menjadi jalan terwujud sesuatu yg lbh baik mk sungguh dia telah melaksanakan perintah Allah dan berhasil meraih ganjaran yg besar dari sisi-Nya.”
Macam-macam Sabar dan Keutamaannya
Ibnul Qayyim dlm kitab beliau Madarijus Salikin berkata:
“Sabar ada tiga macam yaitu sabar dlm ketaatan kepada Allah sabar dlm menahan diri dari bermaksiat kepada Allah dan sabar dlm menghadapi ujian.”


Al Imam Al Qurthubi dlm tafsir beliau menukilkan ucapan Sahl bin Abdillah At Tasturi: “Sabar ada dua macam yaitu sabar dari bermaksiat kepada Allah mk ini adl seorang mujahid; dan sabar dlm ketaatan kepada Allah ini yg dinamakan ahli ibadah.”
Ibnul Qayyim di dlm kitab beliau Madarijus Salikin mengatakan: “Sabar dlm keimanan bagaikan kepala pada jasad; dan tdk ada keimanan tanpa sabar sebagaimana jasad tdk akan berfungsi tanpa kepala.”

Umar bin Al Khaththab berkata: “Kami menjumpai kebaikan hidup ada bersama kesabaran.”

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: 
“Kepemimpinan dlm agama akan didapati dgn yakin dan sabar.” Allah berfirman
“Dan Kami menjadikan dari mereka sebagai pemimpin yg berjalan di atas perintah Kami ketika mereka bersabar dan mereka yakin kepada ayat-ayat Kami.”
Rasulullah bersabda: 

“Tidak ada satupun pemberian kepada seseorang yg lbh baik daripada sabar.” .
“Sabar adl cahaya.” .

Allah berfirman
“Dan Kami benar-benar akan membalas mereka yg bersabar dgn balasan yg lbh baik     daripada apa yg mereka telah lakukan.”
Wallahu a’lam.

Saturday, February 19, 2011

Kenangan Bersama Kawan Karib..


 Assalamualaikum ..Aku ada seorang kawan karib yang sangat baik dan kami rapat dari kecil lagi hal peribadi atau apa saja kami selalu berkongsi bersama..Semasa itu aku baru berusia 7tahun dan dia berusia 9tahun..Semasa di sekolah rendah aku sangat rapat dengan kawan aku ini seorang namanya HUZAIFAH BINTI ABDUL RAHMAN dialah adalah kawan karib aku yang paling rapat  ibarat kuku dengan isi..heheh.. Kini dia berusia 16tahun dan aku berusia 14tahun,alhamdulillah dia berjaya mendapat result yg cemerlang dalam PMR kini dia bersekolah di sekolah menengah khir johari,asal bersekolah sekolah menengah seri badong tetapi dia telah mendapat tawaran ke sekolah khir johari..Kami jarang bejumpa sebab dia duk hostel kalau berjumpa pun hari jumaat ataupun cuti sekolah yang panjang,kalau cuti yang panjang kami selalu meronda-ronda naik motor je,bila jumpa tu hati senang sangat apa orang kata "SONOK GILER"sebab lama tak jumpa..Dari kenangan aku bersama dia sangat gembira dan tak dapat nk melupakannya,time tu bulan  ramadhan umat Islam sedang berpuasa mestilah petang tu comfirm orang-orang nak pergi beli makanan kt pasar ramadhan,dia keluarga yang agak susah so mak dia berniaga mak dia pun buat kuih banyak-banyak yang aku ingat pun kuih burger kot kuih favourite aku dari kecil sehingga besar panjang ni,mak dia buat kuih sedap sesangat walupun tak boleh makan sebab masa tu puasa..mak dia selalu buat sebab mak dia tahu yg aku suka kuih tu tapi aku beli lar tak makan free lar kekadang je mak dia bagi free..time petang dalam pukul5:00 macam tu kami pun pergi menjual penat tuh memang ada tapi best berjalan mengelilingi kampung kami.kuih yang yang mak dia dia buat memang laku tiap2 hari habis..setiap hari menjual kuih-muih di sekeliling kampung rumah kami jalan kaki je walaupun hujan pakai lar payung..sambil jual tuh sembang macam-macam lar angan-angan kita orang nak kahwin lar apa lah memacam sembang..heheh..biasalah budak kecil lagi time tuh sebab tuh fikir ke tahap macam  tuh..bergaduh tu biasalahsering berlaku gaduh macam mengata taklah sampai memukul,bergaduh pun sekejap je lam 2-3-4 hari macam tu lepasa tu baik lar balik..kat kampung ada kawan yang pelbagai jenis sikapnya,kawan mengata kt kawan tu kawan yu mengata kt kawan ni..tapi tu lah kenangan yang takkan aku lupakan sampai akhir hayat aku. . 

Tuesday, February 15, 2011

SEJARAH KELAHIRANNYA DAN IKTIBAR..

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini dan terima kasih kerana telah singgah ke blog saya,disini saya ingin mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL kepada semua umat Islam..Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiulawal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda s.a.aw. Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. 


 


DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM..

Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu.
Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal.

Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati.

Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

 
KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH..

Allah berfirman yg maksudnya:

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."
 
Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud;

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi;
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)."

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit.
Perkara2 pelik yang berlaku merupakanmukjizatkenabianyang ALLAH tunjukkanbagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi. 


KISAH PENYUSUAN..

Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas.

Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang2 Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi2 dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam rombongan banu Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskinyang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi dari rumah2 lain tetapi hampa. lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana mereka hendak cari rezeki lagi. mereka juga membayangkan betapa malunya kpd ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tgn kosong. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan. Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi...

Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. Selepas peristiwa itu, HalimatunSa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Sa'adiah memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah HalimatunSa'adiah.

NABI YATIM PIATU..

Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan nASRANI mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya. Inilah yang disebut dalam Al Qur'an maksudnya,"mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka sendiri."

PENGAJARAN/IKTIBAR..

1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah.
2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah.
3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi.
4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi.
5.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH;
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah."
6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana.
7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.

Saturday, February 12, 2011

...MENCARi HIDAYAH ALLAH....




1. PERBANYAKKAN MENYEBUT ALLAH ~perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk~

Menjadi kebiasaan kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita. Kadangkala kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tidak ingat.

Sebaik-baiknya, basahi lidah kita dengan memuji Allah setiap masa, bukan ucapan alhamdulillah hanya apabila sudah kenyang hingga sendawa. Pujian begitu hanya di lidah sahaja. Tidak meresap hingga ke hati.


2. PERBANYAKKAN MENYEBUT AKHIRAT
~perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia~


Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang berfikiran cetek sahaja sibuk memikirkan dunia hingga terlupa akhirat.

Manusia yang paling cerdik adalah mereka yang sibuk merancang wawasan akhiratnya. Saham Amanah Dunia tidak penting. Tetapi perkara paling penting adalah Saham Amanah Akhirat yang tidak pernah rugi dan merundum. Malah sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu, perbanyakkan menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.


3. PERBANYAKKAN MENYEBUT DAN MENGINGATI KEMATIAN
~perbanyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan~

Kita sering memikirkan bekalan hidup semasa tua dan bersara. Tetapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita dapat menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana.

Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Apabila tidak diusahakan kebun dunia ini, masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini, eloklah dicontohi sikap Ali bin Abu Talib. Meskipun sudah terjamin masuk Syurga, Ali masih mengeluh dengan hebat tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Bagaimana pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?







4. JANGAN MENYEBUT-NYEBUT KEBAIKAN DIRI DAN KELUARGA

Syaitan sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh ataupun membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat ataupun menyebut-nyebut kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga ataupun masyarakat amnya. Satu kebaikan yang dibuat, kita sebut-sebut selalu seperti resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung. Kita terlupa, dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita sudah menimbulkan penyakit hati iaitu ujub.

Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam, boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi apabila menimbulkan riyak atau bangga diri. Allah sudah memberi amaran kepada sesiapa yang memakai sifatnya iaitu riyak tidak akan mencium bau Syurga. Riyak adalah salah satu unsur syirik (khafi).

Oleh itu, eloklah kita berhati-hati supaya terhindar diri daripada mengingati kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang daripada Allah. Allah yang menyuruh kita berbuat baik. Jadi, kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.


5. JANGAN SEBUT-SEBUT KEAIBAN ORANG

Jangan sebut-sebut dan nampakkan keaiban ataupun keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata orang tua-tua, 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'.

Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Sebenarnya, menuding jari mengatakan orang lain tidak betul memberikan isyarat bahawa diri kita tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke arah orang itu tetapi empat jari lagi menuding ke arah kita. Bermakna, bukan orang itu yang buruk malah diri kita yang lebih buruk daripadanya.

Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita, bukan keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia. Lihatlah kebaikan yang ada pada diri orang lain, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, libat kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat daripada bisikan syaitan yang sentiasa mengatur perangkap bagi menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

My dear brother and sister
It’s time to change inside
Open your eyes
Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes
When there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself ’cause Allah’s watching you
Is He satisfied?
Is
Allah satisfied?

Friday, February 11, 2011

"THANK YOU"..Korean Drama..




Synopsis
Dr. Min Ki Seo went to Blue Island to fulfill his deceased girlfriend’s last wish to find the single mother and her little girl who was infected by HIV and to apologize to them on her behalf as she had unknowingly given the girl tainted blood when she was being treated at the hospital. Lee Young Shin, the single mom, was having a hard time caring for her grandfather who has Alzeimer’s and keeping her daughter’s HIV condition a secret while teaching her how to live with it. Min Ki Seo was an arrogant person who looked down on people and in meeting Lee Young Shin who accepted her fate and tried to make the best of it despite all odds, he slowly changed for the better and became a warm and caring person.








Cast
Jang Hyuk as Min Ki Seo
Gong Hyo Jin as Lee Young Shin
Shin Sung Rok as Choi Suk Hyun
Kim Sung Eun as Suh Eun Hee 


Extended Cast
Seo Shin Ae as Lee Bom / Sam Weol Ee (Young Shin’s daughter)
Shin Goo as Mr. Lee / Lee Byung Gook (Young Shin’s grandfather)
Ryu Seung Soo as Dr. Oh Jong Soo
Yoo Min Ho as Lee Young Woo
Kil Yong Woo as Min Jun Ho
Hong Yeo Jin as Kang Hye Jung
Choi Kang Hee as Cha Ji Min (cameo)
Yang Hyun Woo as Choi Young Joo
Jo Mi Ryung as Bak So Ran
Kim Soo Ro cameo as Dr. Oh’s brother
Kang Boo Ja as Kang Gook Ja (Suk Hyun’s mother)
Kim Ha Kyoon as Park Taek Dong
Kim Ki Bang as Song Doo Sup
Jun Won Joo as Song Chang Ja (Doo Sup’s mother)
Jang Yong (cameo)
Yoo Jung Suk
Choi Jung Yoon
Kim Jin Yang
Yoo Yeon Mi
Kim Seung Wook
Lee Han Na


Production Credits
Director: Lee Jae Dong
Screenwriter: Lee Kyung Hee

Sunday, February 6, 2011

Dasyatnya Seksa Kubur...

Assalamualaikum WBT...


Salam Rahmat...Salam Kesyukuran...Salam Muhasabah...
Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..
ucapkanlah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT...kerana kita masih diberi peluang..
masih diberi nafas...masih diberi kudrat untuk menghayati setiap detik hidup yang masih ada...
sekali lagi kita masih diberi peluang untuk bukak blog..facebook..dan pegi 7E untuk beli topup..
masih ada kudrat untuk beli Nasi Lemak Ayam Goreng kat kedai Nasi Lemak..
beli roti canai kat Mengkasar dan naik bas ke Pdang Lalang untuk kejar kelas kat sana...
Maknanya Allah masih beri peluang untuk kita rasai hidup kat dunia ni...


kita masih diberi peluang dan peluang dan peluang...
tapi cuba bayangkan..ini peluang terakhir anda...
atau anda dah takde peluang lagi..
 kerana ajal dan datang menjemput....


muhasabah diri jap...
cukup dah ke amal untuk dibawa bekalan ke alam sana..
cukup bersihkah hati kita untuk dipersembahkan pada Allah..
dan

 kita dari golongan mana nanti..
adakah golongan orang2 mukmin atau orang2 fasiq...


(Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya." 


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: "Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika sampai kekubur dan belum dimasukkan dalam lahad, Nabi Muhammad s.a.w duduk dan kami duduk disekitarnya diam menundukkan kepala bagaikan ada burung diatas kepala kami, sedang Nabi Muhammad s.a.w mengorek-ngorek dengan dahan yang ada ditangannya, kemudian ia mengangkat kepala sambil bersabda: "Berlindunglah kamu kepada Allah dari siksaan kubur.". Nabi Muhammad s.a.w mengulangi sebanyak 3 kali." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 



"Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat (akan mati), turun padanya malaikat yang putih-putih wajahnya bagaikan matahari, membawa kafan dari syurga, maka duduk didepannya sejauh pandangan mata mengelilinginya, kemudian datang malaikulmaut dan duduk didekat kepalanya dan memanggil: "Wahai roh yang tenang baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan ridhaNya." 
  
Nabi Muhammad s.a.w bersabda lagi: "Maka keluarlah rohnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi tempat air, maka langsung diterima dan langsung dimasukkan dalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum diatasbumi, lalu dibawa naik, maka tidak melalui rombongan malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang harum ini?" Dijawab: "Roh fulan bin fulan sehingga sampai kelangit, dan disana dibukakan pintu langit dan disambut oleh penduduknya dan pada tiap-tiap langit dihantar oleh Malaikat Muqarrbun, dibawa naik kelangit yang atas hingga sampai kelangit ketujuh, maka Allah berfirman: "Catatlah suratnya di illiyyin. 


Kemudian dikembalikan ia kebumi, sebab daripadanya Kami jadikan, dan didalamnya Aku kembalikan dan daripadanya pula akan Aku keluarkan pada saatnya." Maka kembalilah roh kejasad dalam kubur, kemudian datang kepadanya dua Malaikat untuk bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: Allah Tuhanku. Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Agamaku Islam" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Dia utusan Allah". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?" Maka dijawab: "Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkannya" Maka terdengar suara: "Benar hambaku, maka berikan padanya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju kesyurga, supaya ia mendapat bau syurga dan hawa syurga, lalu luaskan kuburnya sepanjang pandangan mata." 

Kemudian datang kepadanya seorang yang bagus wajahnya dan harum baunya sambil berkata: "Terimalah khabar gembira, ini saat yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Lalu bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Saya amalmu yang baik." Lalu ia berkata: Ya Tuhan, segerakan hari kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku." 


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Adapun hamba yang kafir, jika akan meninggal dunia dan menghadapi akihirat, maka turun kepadanya Malaikat dari langit yang hitam mukanya dengan pakaian hitam, lalu duduk dimukanya sepanjang pandangan mata, kemudian datang Malaikulmaut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata: "Hai roh yang jahat, keluarlah menuju murka Allah." Maka tersebar disemua anggota badannya, maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari bulu yang basah, maka terputus semua urat dan ototnya, lalu diterima akan dimasukkan dalam kain hitam, dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai, dan dibawa naik, maka tidak melalui malaikat melainkan ditanya: "Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?"



Dijawab: "Roh fulan bin fulan." dengan sebutan yang amat jelek sehingga sampai dilangit dunia, maka minta dibuka, tetapi tidak dibuka untuknya. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w membaca ayat: "Laa tufattahu lahum abwabus samaa'i, wala yad khuluunal jannata hatta yalijal jamalu fisamil khiyaath." (Yang Bermaksud) "Tidak dibukakan bagi mereka itu pintu-pintu langit dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk dalam lubang jarum." 

Kemudian diperintahkan: "Tulislah orang itu dalam sijjin." Kemudian dilemparkan rohnya itu bagitu sahaja sebagaimana ayat "Waman yusyrik billahi fakaan nama khorro minassama'i fatakh thofuhuth thairu au tahwi bihirrihu fimakaanin sahiiq." (Yang bermaksud) "Dan siapa mempersekutukan Allah, maka bagaikan jatuh dari langit lalu disambar helang atau dilemparkan oleh angin kedalam jurang yang curam."


Kemudian dikembalikan roh itu kedalam jasad didlam kubur, lalu didatangi oleh dua Malaikat yang mendudukkannya lalu bertanya: ""Siapa Tuhanmu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Apakah agamamu?" Maka dijawab: "Saya tidak tahu" Ditanya lagi: "Bagaimana pendapatmu terhadap orang yang diutuskan ditengah-tengah kamu?" Dijawab: "Saya tidak tahu". Lalu ditanya: "Bagaimanakah kamu mengetahui itu?"

Maka dijawab: "Saya tidak tahu"



Maka terdengar suara seruan dari langit: "Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka, maka terasa olehnya panas hawa neraka, dan disempitkan kuburnya sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya, kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk baunya sambil berkata: "Sambutlah hari yang sangat jelek bagimu, inilah saat yang telah diperingatkan oleh Allah kepadamu." Lalu ia bertanya: "Siapakah kau?" Jawabnya: "Aku amalmu yang jelek." Lalu ia berkata: "Ya tuhan, jangan percepatkan kiamat, ya Tuhan jangan percepatkan kiamat." 



Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang mukmin jika sakaratulmaut didatangi oleh Malaikat dengan membawa sutera yang berisi masik (kasturi) dan tangkai-tangkai bunga, lalu dicabut rohnya bagaikan mengambil rambut didalam adunan sambil dipanggil: "Ya ayyatuhannafsul muth ma'innatur ji'i ila robbiki rodhiyatan mardhiyah." (Yang bermaksud) "Hai roh yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan perasaan rela dan diridhoi. Kembalilah dengan rahmat dan keridhoan Allah."



Maka jika telah keluar rohnya langsung ditaruh diatas misik dan bunga-bunga itu lalu dilipat dengan sutera dan dibawa keilliyyin. Adapun orang kafir jika sakaratulmaut didatangi oelh Malaikat yang membawa kain bulu yang didalamnya ada api, maka dicabut rohnya dengan kekerasan sambil dikatakan kepadanya: "Hai roh yang jahat keluarlah menuju murka Tuhammu ketempat yang rendah hina dan siksaNya, maka bila telah keluar rohnya itu, diletakkan diatas api dan bersuara seperti sesuatu yang mendidih kemudian dilipat dan dibawa kesijjin."

tidur selena-lenanya di persemadian...
 
Alfaqih Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran sukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah s.w.t. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas. 


Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang."



Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu: 


Menjaga sembahyang lima waktu

Banyak bersedekah

Banyak membaca al-quran 



Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

Dusta

Kianat

Adu-adu

Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Innallahha ta'ala kariha lakum arba'a: Al'abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira'ati, warrafatsu fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa didalam kubur."

Muhammad bin Assammaak ketika melihat kubur berkata: "Kamu jangan tertipu kerana tenangnya dan diamnya kubur-kubur ini, maka alangkah banyaknya orang yang sudah bingung didalamnya, dan jangan tertipu kerana ratanya kubur ini, maka alangkah jauh berbeza antara yang satu pada yang lain didalamnya. Maka seharusnya orang yang berakal memperbanyak ingat pada kubur sebelum masuk kedalamnya."

Sufyan Atstsauri berkata: "Siapa yang sering (banyak) memperingati kubur, maka akan mendapatkannya kebun dari kebun-kebun syurga, dan siapa yang melupakannya maka akan mendapatkannya jurang dari jurang-jurang api neraka." 



Ali bin Abi Thalib r.a. berkata dalam khutbahnya: "Hai hamba Allah, berhati-hatilah kamu dari maut yang tidak dapat dihindari, jika kamu berada ditempat, ia datang mengambil kamu, dan bila kamu lari pasti akan terpegang juga, maut terikat selalu diubun-ubunmu, maka carilah jalan selamat, carilah jalan selamat dan segera-segera, sebab dibelakangmu ada yang mengejar kamu yaitu kubur, ingatlah bahawa kubur itu adakalanya kebun dari kebun-kebun syurga atau jurang dari jurang-jurang neraka dan kubur itu tiap-tiap hari berkata-kata: Akulah rumah yang gelap, akulah tempat sendirian, akulah rumah ulat-ulat."

Ingatlah sesudah itu ada hari (saat) yang lebih ngeri, hari dimana anak kecil segera beruban dan orang tua bagaikan orang mabuk, bahkan ibu yang meneteki lupa terhadap bayinya dan wanita yang bunting menggugurkan kandungannya dan kau akan melihat orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk khamar, hanya siksa Allah s.w.t. yang sangat ngeri dan dahsyat.

Ingatlah bahawa sesudah itu ada api neraka yang sangat panas dan suram dalam, perhiasannya besi dan sirnya darah bercampur nanah, tidak ada rahmat Allah s.w.t. disana. Maka kaum muslimin yang menangis. lalu ia berkata: "Dan disamping itu ada syurga yang luasnya selebar langit dan bumi, tersedia untuk orang-orang yang takwa. Semoga Allah s.w.t. melindungi kami dari siksa yang pedih dan menempatkan kami dalam darunna'iem (Syurga yang serba kenikmatan).

Usaid bin Abdirrahman berkata: "Saya telah mendapat keterangan bahawa seorang mukmin jika mati dan diangkat, ia berkata: "Segerakan aku.", dan bila telah dimasukkan dalam lahad (kubur), bumi berkata kepadanya: "Aku kasih padamu ketika diatas punggungku, dan kini lebih sayang kepadamu." Dan bila orang kafir mati lalu diangkat mayatnya, ia berkata: "Kembalikan aku." dan bila diletakkan didalam lahadnya, bumi berkata: "Aku sangat benci kepadamu ketika kau diatas punggungku, dan kini aku lebih benci lagi kepadamu."

Usman bin Affan r.a. ketika berhenti diatas kubur, ia menangis, maka ditegur: "Engkau jika menyebut syurga dan neraka tidak menangis, tetapi kau menangis kerana kubur?" Jawabnya: "Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Alqabru awwalu manazilil akhirah, fa in naja minhu fama ba'dahu aisaru minhu, wa in lam yanju minhu fama ba'dahu asyaddu minhu." (Yang bermaksud)"Kubur itu pertama tempat yang menuju akhirat, maka bila selamat dalam kubur, maka yang dibelakangnya lebih ringan, dan jika tidak selamat dalam kubur maka yang dibelakangnya lebih berat daripadanya."

Abdul-Hamid bin Mahmud Almughuli berkata: "Ketika aku duduk bersama Ibn Abbas r.a., tiba-tiba datang kepadanya beberapa orang dan berkata: "Kami rombongan haji dan bersama kami ini ada seorang yang ketika sampai didaerah Dzatishshahifah, tiba-tiba ia mati, maka kami siapkan segala keperluannya, dan ketika menggali kubur untuknya, tiba-tiba ada ular sebesar lahad, maka kami tinggalkan dan menggali lain tempat juga ada ular, maka kami biarkan dan kami menggali lain tempat juga kami dapatkan ular, maka kami biarkan dan kini kami bertanya kepadamu, bagaimanakah harus kami perbuat tehadap mayat itu?" Jawab Ibn Abbas r.a.: "Itu dari amal perbuatannya sendiri, lebih baik kamu kubur sajan demi Allah andaikan kamu galikan bumi ini semua niscaya akan kamu dapat ular didalamnya." Maka mereka kembali dan menguburkan mayat itu didalam salah satu kubur yang sudah digali itu dan ketika mereka kembali kedaerahnya mereka pergi kekeluarganya untuk mengembalikan barang-barangnya sambil bertanya kepada isterinya apakah amal perbuatan yang dilakukan oelh suaminya? Jawab isterinya: "Dia biasa menjual gandum dalam karung, lalu dia mengambil sekadar untuk makanannya sehari, dan menaruh tangkai-tangkai gandum itu kedalam karung seberat apa yang diambilnya itu."

Abul-Laits berkata: "Berita ini menunjukkan bahawa kianat itu salah satu sebab siksaan kubur dan apa yang mereka lihat itu sebagai peringatan jangan sampai kianat."

Ada keterangan bahawa bumi ini tiap hari berseru sampai lima kali dengan berkata:

Hai anak Adam, anda berjalan diatas punggungku dan kembalimu didalam perutku.

Hai anak Adam, anda makan berbagai macam diatas punggungku dan anda akan dimakan ulat didalam perutku.

Hai anak Adam, anda tertawa diatas punggungku, dan akan menangis didalam perutku.

Hai anak Adam, anda bergembira diatas punggungku dan akan berduka didalam perutku.

Hai anak Adam, anda berbuat dosa diatas punggungku, maka akan tersiksa didalam perutku.

Amr bin Dinar berkata: "Ada seorang penduduk kota Madinah yang mempunyai saudara perempuan dihujung kota, maka sakitlah saudaranya itu kemudian mati, maka setelah diselesaikan persiapannya dibawa kekubur, kemudian setelah selesai menguburkan dan kembali pulang kerumah, ia teringat pada kantongan yang dibawa dan tertinggal dalam kubur, maka ia minta bantuan orang untuk menggali kubur itu kembali, dan sesudah digali kubur itu maka bertemulah dia akan kantongannya itu, ia berkata kepada orang yang membantunya itu: "Tolong aku ketepi sebentar sebab aku ingin mengetahui bagaimana keadaan saudaraku ini." Maka dibuka sedikit lahadnya, tiba-tiba dilihatnya kubur itu menyala api, maka segera ia meratakan kubur itu dan kembali kepada ibunya lalu bertanya: "Bagaimanakah kelakuan saudaraku dahulu itu?" Ibunya berkata: "Mengapa kau menanyakan kelakuan saudaramu, padahal ia telah mati?" Anaknya tetap meminta supaya diberitahu tentang amal perbuatan saudaranya itu, lalu diberitahu bahawa saudaranya itu biasanya mengakhirkan sembahyang dari waktunya, juga cuai dalam kesucian dan diwaktu malam sering mengintai rumah-rumah tetangga untuk mendengar perbualan mereka lalu disampaikan kepada orang lain sehingga mengadu domba antara mereka, dan itulah sebabnya siksa kubur. Kerana itu siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur haruslah menjauhkan diri dari sifat namimah (adu domba diantara tetangga dan orang lain) supaya selamat dari siksaan kubur dan mudah baginya menjawab pertanyaan Malaikat Munkar Nakier.

Alabarra' bin Aazib r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Seorang mukmin jika ditanya dalam kubur, maka ia langsung membaca Asyhadu an laa ilaha illallah wa anna Muhammad abduhu warasuluhu, maka itulah yang tersebut dalam firman Allah: Yutsabbitullahul ladzina aamanu bil qaulits tsabiti filhayatiddun ya wafil akhirah (Allah menetapkan orang-orang yang beriman dengan khalimah yang teguh dimana hidup didunia dan diakhirat (yakni khalimah laa ilaha illallah, Muhammad Rasullullah).

Dan ketetapan itu terjadi dalam tiga masa iaitu:

Ketika melihat Malakulmaut

Ketika menghadapi pertanyaan Mungkar Nakier

Ketika menghadapi hisab dihari kiamat

Dan ketetapan ketika melihat Malaikulmaut dalam tiga hal iaitu:

Terpelihara dari kekafiran, dan mendapat taufiq dan istiqamah dalam tauhid sehingga keluar rohnya dalam Islam

Diberi selamat oleh Malaikat bahawa ia mendapat rahmat

Melihat tempatnya disyurga sehingga kubur menjadi salah satu kebun syurga.

Adapun ketetapan ketika hisab juga dalam tiga perkara iaitu:

Allah s.wt. memberinya ilham sehingga dapat menjawab segala pertanyaan dengan benar

Mudah dan ringan hisabnya

Diampunkan segala dosanya

Ada juga yang mengatakan bahawa ketetapan itu dalam empat masa iaitu:

Ketika mati

Didalam kubur sehingga dapat menjawab pertanyaan tanpa gentar atau takut

Ketika hisab

Ketika berjalan diatas sirat sehingga berjalan bagaikan kecepatan kilat

Jika ditanya tentang soal kubur bagaimanakah bentuknya, maka ulama telah membicarakannya dalam berbagai pendapat. Sebahagiannya berkata pertanyaan itu hanya kepada roh tanpa jasad dan disaat itu roh masuk kedalam jasad hanya sampai didada. Ada pendapat berkata bahawa rohnyanya diantara jasad dan kafan dan sebaiknya seorang mempercayai adanya pertanyaan dalam kubur tanpa menanyakan dan sibuk dengan caranya. Dan kita sendiri akan mengetahui bila sampai disana, maka bila ada orang menolak adanya soal Mungkar Nakier dalam kubur, maka penolakannya dari dua jalan iaitu:

Mereka berkata: "Ia tidak mungkin menurut perkiraan akal, sebab menyalahi kebiasaan tabiat alam."

atau mereka berkata: "Tidak ada dalil yang menguatkan."

Pendapat pertama bahawa ia tidak mungkin dalam akal kerana menyalahi kebiasaa tabiat alam. Pendapat ini bererti menidakkan kenabian dan mukjizat, sebab para Nabi itu semuanya dari manusia biasa dan tabiatnya mereka sama, tetapi mereka telah dapat bertemu dengan Malaikat dan menerima wahyu, bahkan laut telah terbelah untuk Nabi Musa a.s., demikian pula tongkatnya menjadi ular, semua kejadian itu menyalahi tabiat alam, maka orang yang menolak semua itu bererti keluar dari Islam. Jika ia berkata: "Tidak ada dalil.", maka hadis-hadis yang diterangkan sudah cukup untuk menjadi alasan bagi orang yang akan mahu terima.

Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa man a'rodho an dzikri fa inna lahu ma'i syatan dhanka wanah syuruhu yaumal qiyaamati a'ma. (Yang bermaksud) "Dan siapa yang mengabaikan peringatanKu (ajaranKu) maka ia akan merasakan kehidupan yang sukar (kehidupan sukar ini ketika menghadapi pertanyaan dalam kubur)."

Demikian pula ayat: "Yu tsabbitulladzina aamanu bil qoulaits tsabiti filhayatiddunia wafil akhirati. (Yang bermaksud) "Allah akan menetapkan hati orang-orang mukmin dengan khalimah yang teguh didunia dan diakhirat."

Abu-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Saad bin Almusayyab dari Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Jika seorang mukmin telah masuk kedalam kubur, maka didatangi oleh dua Malaikat yang menguji dalam kubur, lalu mendudukkannya dan menanyainya, sedang ia mendengar suara derap sandal sepatu mereka ketika kembali, lalu ditanya oleh kedua Malaikat itu: Siapa Tuhammu, dan apakah agamamu, dan siapa Nabimu, lalu dijawab: Allah tuhanku, dan agamaku Islam dan Nabiku Nabi Muhammad s.a.w. Lalu Malaikat itu berkata: Allah yang menetapkan kau dalam khalimah itu, tidurlah dengan tenang hati. Itulah ertinya Allah menetapkan mereka dalam khalimah hak. Adapun orang kafir zalim maka Allah menyesatkan mereka dengan tidak memberi petunjuk taufiq pada mereka, sehingga ketika ditanya oleh Malaikat: Siapa Tuhanmu, apa agamamu dan siapa Nabimu, maka jawab orang kafir atau munafiq: Tidak tahu. Maka oleh Malaikat dikatakan: Tidak tahu, maka langsung dipukul sehingga jeritan suaranya terdengar semua yang dialam kecuali manusia dan jin. (Dan andaikan didengar oleh manusia pasti pingsan)

Abu Hazim dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Umar r.a : "Bagaimanakah kau hai Umar jika didatangi oleh kedua Malikat yang akan mengujimu didalam kubur iaitu Mungkar Nakier hitam keduanya kebiru-biruan siung keduanya mengguriskan bumi, sedang rambut keudanya sampai ketanah dan suara keduanya bagaikan petir yang dahsyat, dan matanya bagaikan kilat yang menyambar?" Umar bertanya: "Ya Rasullullah, apakah ketika itu aku cukup sedar sebagaimana keadaanku sekarang ini?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab: "Ya." Umar berkata: "jika sedemikian maka saya selesaikan keduanya dengan izin Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "sesungguhnya Umar seorang yang mendapat taufiq."

Abul-Laits berkata: "saya telah diberitahu oleh Abul-Qasim bin Abdurrahman bin Muhammad Asysyabadzi dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Tiada seorang yang mati melainkan ia mendengkur yang didengari oleh semua binatang kecuali manusia, dan andaikata ia mendengar pasti pingsan, dan bila dihantar kekubur, maka jika solih (baik) berkata: "Segerakanlah aku, andaikan kamu mengetahui apa yang didepanku daripada kebaikan, nescaya kamu akan menyegerakan aku. Dan bila ia tidak baik maka berkata: "Jangan keburu, andaikata kamu mengtahui apa yang didepan aku daripada bahaya, nescaya kamu tidak akan keburu. Kemudian jika telah ditanam dalam kubur, didatangi oleh dua Malaikat yang hitam kebiru-biruan datang dari arah kepalanya, maka ditolak oleh sembahyangnya: Tidak boleh datang dari arahku sebab adakalanya ia semalaman tidak tidur kerana takut dari saat yang seperti ini, lalu datang dari bawah kakinya, maka ditolak oleh baktinya pada kedua orang tuanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa berjalan tegak kerana ia takut dari saat seperti ini, lalu datang dari arah kanannya, maka ditolak oleh sedekahnya: Tidak boleh datang dari arahku, kerana ia pernah sedekah kerana ia takut dari saat seperti ini, lalu ia datang dari kirinya maka ditolak oleh puasanya: Jangan datang dari arahku, kerana ia biasa lapar dan haus kerana takut saat seperti ini, lalu ia dibangunkan bagaikan dibangunkan dari tidur, lalu ia bertanya: Bagaimana pendapatmu tentang orang yang membawa ajaran kepadamu itu? Ia tanya: Siapakah itu? Dijawab: Muhammad s.a.w? Maka dijawab: Saya bersaksikan bahawa ia utusan Allah. Lalu berkata kedua Malaikat: Engkau hidup sebagai seorang mukmin, dan mati juga mukmin. Lalu diluaskan kuburnya, dan dibukakan baginya segala kehormatan yang dikurniakan Allah kepadanya. Semoga Allah memberi kita taufiq dan dipelihara serta dihindarkan dari hawa nafsu yang menyesatkan, dan menyelamatkan kami dari siksa kubur kerana Nabi Muhammad s.a.w juga berlindung kepada Allah dari siksa kubur."

A'isyah r.a. berkata: "Saya dahulunya tidak mengetahui adanya siksa kubur sehingga datang kepadaku seorang wanita Yyahudi, minta-minta dan sesudah saya beri ia berkata: "Semoga Allah melindungi kamu dari siksa kubur. Maka saya kira keterangannya itu termasuk tipuan kaum Yahudi, lalu saya ceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w maka Nabi Muhammad s.a.w memberitahu kepadaku bahawa siksa kubur itu hak benar, maka seharusnya seorang muslim berlindung kepada Allah s.w.t. dari siksa kubur, dan bersiap sedia untuk menghadapi kubur dengan amal yang soleh, sebab selama ia masih hidup maka Allah s.w.t. telah memudahkan baginya segala amal soleh. Sebaliknya bila ia telah masuk kedalam kubur, maka ia akan ingin kalau dapat diizinkan, sehingga ia sangat menyesal semata-mata, kerana itu seorang yang berakal harus berfikir dalam hal orang-orang yang telah mati, kerana orang-orang yang telah mati itu, mereka sangat ingin kalau dapat akan sembahyang dua rakaat, berzikir dengan tasbih, tahmid dan tahlil, sebagaimana ketika didunia, tetapi tidak diizinkan, lalu mereka hairan pada orang-orang yang masih hidup menghambur-hamburkan waktu dalam permainan dan kelalaian semata-mata. Saudaraku jagalah dan siap-siapkan harimu, sebab ia sebagai pokok kekayaanmu, maka mudah bagimu mendapatkan atau mencari untung laba, sebab kini dagangan akhirat agak sepi dan tidak laku, kerana itu rajin-rajinlah kau mengumpulkan sebanyak mungkin daripadanya, sebab akan tiba masa dagangan itu sangat berharga sebab pada saat itu ia berharga, maka kau tidak akan dapat mencari atau mencapainya. Kami mohon semoga Allah s.w.t. memberi taufiq untuk bersiap-siap menghadapi saat keperluan dan jangan sampai menjadikan kami dari golongan yang menyesal sehingga ingin kembali kedunia tetapi tidak diizinkan, juga semoga Allah s.w.t. memudahkan atas kami sakaratulmaut, dan kesukaran kubur, demikian pula pada semua kaum muslimin dan muslimat.

Aamin ya Robbal aalamin. Engkau arhamurrahimin, wahasbunallahu wani'mal wakiel, walahaula wala quwwata illa billahil aliyil adhiem."